Tuesday, February 16, 2010

Apa itu Neosantara?

Neosantara adalah merupakan satu dunia alternat dimana sejarah asal di dunia telah
berubah akibat dari satu insiden yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu yang melibatkan
ruang perjalanan masa dan dimensi yang terganggu.Ia mempengaruhi corak kehidupan manusia,
cuaca sekeliling dan tenaga yang memenuhi ruang kehidupan di dunia di waktu itu.
Kawasan Nusantara yang paling kuat menerima pengaruh perubahan ini.Ini kerana
insiden itu berlaku di kawasan kepulauan Nusantara.Oleh kerana masa dunia ini telah
dicacatkan,berbagai makhluk2 purba dongeng berkeliaran seperti Garuda,Duyung Sang
Kelembai dan juga manusia seperti Badang.

Neosantara juga merupakan sebuah empayar Kemelayuan yang besar terdiri dari gabungan
empayar-empayar utama di seluruh kawasan Asia Tenggara.Bermula dari Siam,
meluas kepada Burma,Malaysia,Sumatera hinggalah ke serata kepulauan Indonesia,
empayar Neosantara telah menjadi sebuah kerajaan yang dikenali dan disegani di
seluruh dunia.Kebangkitan kerajaan melayu pada mata dunia ini juga telah menjadi
satu ancaman kepada empayar barat yang ingin melaksanakan Kempen Penaklukan
Dunia Sejagat.Raja Tuah ,bekas Laksamana kerajaan Melaka yang mengambil
alih tempat Sultan Mahmud yang ghaib entah ke mana adalah orang yang
merealisasikan idea ini.Dia juga adalah raja kepada empayar yang besar ini.

Anak-anak muda melayu pada era ini tidak hanya menuntut ilmu silat dan pertanian semata
malah berminat dalam ilmu penggabungan mistik dan ilmu moden dan juga ilmu penciptaan.
Era ini juga terdapat guru guru yang mendidik cara mengawal kuasa dan kehidupan mistik
untuk menjana jentera-jentera yang besar dan kompleks seperti Bahtera Awan(Kapal
Gergasi sebesar 8 buah Titanic yang dijana oleh kuasa mistik dan bukannya minyak
atau gas) atau sistem pentadbiran kota seperti pembersihan,api (elektrik)dan air.

Cuaca di Nusantara adalah sama seperti negara yang mempunyai 4 musim.Tenaga
yang sangat kuat di Nusantara membuatkan ramai rakyat di sini berkebolehan
mengawal kuasa mistik seperti cakra,elemental dan makhluk halus seperti jin.Namun
ia tetap perlu di pelajari dan di kuasai untuk memperolehi keistimewaannya.Terdapat
juga kehidupan makhluk makhluk ganjil yang hidup sekali secara terbuka atau sembunyi
di Neosantara.

Kembali kepada kekuatan empayar Neosantara,mereka di geruni dan di segani kerana
karisma Raja Tuah,kecanggihan tentera mereka dan juga yang paling utama,iaitu
sekutu utama mereka,bangsa Sriangkara yang hampir pupus tetapi sangat kuat yang
juga dikenali sebagai dewa dikalangan manusia.Mereka yang mendiami gunung
gunung yang tinggi,mempunyai kekuatan lebih dari manusia,mempunyai pengawalan
kuasa dan cakra peringkat tertinggi dan juga boleh terbang.

Walaupun mereka bangsa yang kuat,ketahanan hayat mereka bergantung kepada
Padi Emas yang hanya boleh di tanam oleh tangan manusia.Mereka bergantung pada
manusia untuk terus hidup.Selain daripada menjadi barisan pertahanan utama untuk
empayar,mereka juga menjadi pelindung tanaman dan pelindung masyarakat daripada
gangguan binatang dan makhluk makhluk mistik.Rakyat di Neosantara dan bangsa
Sriangkara hidup bersama dengan harmoni.Namun begitu terdapat juga segelintir
dari mereka yang tidak bersependapat di dalam hal hidup bersama dengan manusia
dan mereka lebih cenderung kepada cara kejahatan dan keganasan.

No comments:

Post a Comment